Saturday 19 March 2011

perancangan kewangan










PERANCANGAN KEWANGAN


Sekiranya anda ingin ke satu destinasi – apa yang perlu anda lakukan?
Berbagai persoalan akan timbul pada diri anda:-

Apakah cara terbaik untuk ke sana? 
Adakah kesesakan lalu lintas? 
Adakah lebih baik menaiki LRT atau bas, atau perlukah seseorang membawa saya ke sana? 

Ternyata ada banyak pilihan yang boleh anda buat! 

Justeru untuk mendapatkan pilihan terbaik, nilailah pilihan-pilihan yang sedia ada. Fikirkan apa 
yang perlu dan wajar dilakukan, kemudian  buatlah keputusan. Langkah-langkah sedemikian 
merupakan proses yang dikenali sebagai perancangan. Perancangan boleh dibuat bagi jangka masa pendek,sederhana mahupun panjang. 

Begitulah juga dengan perancangan kewangan, Cuma bezanya tempoh perancangan adalah lebih panjang. Sebaiknya, perancangan anda perlu menjangkau sehingga usia persaraan. Perancangan kewangan melibatkan persoalan-persoalan mengenai masa depan, impian dan matlamat anda. Ini merangkumi apa yang anda mahukan  dalam kehidupan, contohnya mendirikan rumah tangga, membeli kereta atau rumah, mendapat cahaya mata dan membiayai pelajaran mereka. 

Untuk memenuhi hasrat dan impian ini, anda perlu merancang dari segi kewangan. Dalam perancangan kewangan, anda akan  melihat bagaimana perlunya  menyediakan bajet atau belanjawan, menabung dan membelanjakan wang anda sepanjang masa




MENGAPA SETIAP INDIVIDU PERLUKAN WANG?


Setiap individu perlukan wang untuk hidup. Mereka mahukan duit untuk menjaga diri mereka dan keluarga mereka. Tetapi juga yang mahukan duit kerana budaya kita memberitahu bahawa wang menjadikan anda penting dan wang adalah keyakinan diri.

Budaya memberitahu juga bahawa memiliki banyak benda akan mengembirakan setiap individu. Apa yang dilihat dan didengar, mencadangkan bahawa kita boleh membeli perasaan. Namun perlu berhati-hati jika kita fikirkannya, jiwa boleh jadi kosong dan boleh menyebabkan muflis.





MENENTUKAN MATLAMAT KEWANGAN


Matlamat atau dalam istilah lainnya ‘target' sebagai pengguna. Samalah konsepnya seperti zaman semasa belajar duhulu. Dalam konteks mengurus kewangan, kita harus tahu akan matlamat kewangan kita itu. Ke mana ianya hendak digunakan!

Contohnya, mungkin ada di antara kita yang bermatlamat untuk :

  • menyambung pelajaran;
  • membeli sebuah rumah;
  • berkahwin;
  • berbulan madu;
  • perbelanjaan rumahtangga;
  • pendidikan anak-anak;
  • mengerjakan ibadah Haji;
  • perbelanjaan sewaktu persaraan;
  • dan banyak lagi!


Jelasnya di sini ialah kita telah nampak apakah matlamat kewangan kita. Apabila kita sudah nampak akan matlamat kewangan kita, sudah pasti aliran kewangan kita akan menjadi lebih teratur dan terancang. Seterusnya kita juga perlu tahu jangka masa untuk kita mencapai matlamat kita tadi. Sama ada matlamat tersebut akan dicapai dalam jangka masa yang pendek, sederhana atau pun panjang. Contohnya, merancang untuk mengerjakan ibadah haji untuk 3 tahun akan datang. Jadi pengguna harus terus melakukan simpanan yang lebih ke dalam akaun Tabung Haji demi untuk mencapai matlamat tersebut.



MENGAWASI TABIAT BERBELANJA



Jika kita merasakan sewaktu penghujung bulan kita gagal untuk menyimpan duit. Inilah masanya untuk kita memantau dan mengawasi perbelanjaan semasa kita. Yang penting di sini ialah kita perlu menyemak semula ke manakah ianya telah dihabiskan atau dibelanjakan. Adakah ianya cenderung ke arah keperluan atau kehendak semata-mata. Jika ianya berdasarkan kehendak semata-mata, dan seterusnya menyebabkan kita gagal untuk menyimpan. Tabiat tersebut haruslah segera diubah.





CARA-CARA MENYIMPAN WANG


Manusia mempunyai akal dan bermakna kesemua manusia boleh berjaya, tetapi kenapa sesetengah dari mereka tidak. Malah ramai yang mempunyai masa depan yang cerah tetapi ada juga yang mempunyai masa depan yang tidak cerah. Salah satu sebabnya ialah dari segi kewangan. Kebanyakan penduduk kampung mengalami masalah kewangan dan tidak mampu untuk menanggung kos yuran sekolah atau membeli buku rujukan. Jadi, untuk sesetiap pelajar yang inginkan kejayaan mestilah mencari ikhtiarnya sendiri.

Pelajar hendaklah melakukan sesuatu yang dapat menjaminkan masa depan mereka. Di samping itu, mereka tidaklah membebankan ibu bapa mereka. Ada beberapa cara untuk menangani dan meringankan lagi masalah ini. Sila rujuk dibawah :

☺ Menabung

Menabung amat bagus untuk para pelajar. Amalkanlah sikap menabung sejak kecil lagi supaya anda boleh menggunakan duit itu jika diperlukan. Bagi yang bersekolah, ambillah 1/3 daripada duit saku anda untuk dimasukkan ke dalam tabung. Ada juga bank yang menyediakan tabung percuma bagi setiap pelanggannya. Tabung boleh dibuat sendiri dan boleh juga dibeli di kedai. "Sedikit-sedikit, lama-lama jadi bukit".






Friday 18 March 2011





PENDIDIKAN DAN PENGURUSAN KEWANGAN



Sekalipun anda memiliki PhD, belum tentu anda mahir tentang pengurusan kewangan. Di sekolah guru hanya mengajar murid untuk menjadi seorang yang bijak dalam pendidikan dan mahir dalam sesuatu profesion. Kita tidak belajar apa-apa pun tentang wang setelah bertahun-tahun menuntut ilmu. Inilah puncanya anda lihat orang yang berpendapatan besar mengalami masalah kewangan sangat teruk.
Oleh itu, tamatnya pendidikan tak bererti tamatnya waktu belajar. Banyak lagi yang perlu dipelajari. Anda perlu belajar pengurusan kewangan secepatnya.
Mulakan langkah!
-Beli buku yang berkaitan cara pengurusan kewangan atau berkaitan. Saya rekomenkan buku Rich Dad Poor Dad. Ia bukanlah tentang cara pengurusan kewangan tetapi anda patut membacanya. Buku itu berharga RM35.00 tetapi nilainya ialah berjuta.
-Jika anda kenali rakan yang bijak mengurus kewangannya, mintalah bantuannya.
-Dapatkan bantuan dari agensi-agensi tertentu. Seperti AKPK atau sebagainya.



AKPK Buku CELIK WANG