Saturday 19 March 2011


MENENTUKAN MATLAMAT KEWANGAN


Matlamat atau dalam istilah lainnya ‘target' sebagai pengguna. Samalah konsepnya seperti zaman semasa belajar duhulu. Dalam konteks mengurus kewangan, kita harus tahu akan matlamat kewangan kita itu. Ke mana ianya hendak digunakan!

Contohnya, mungkin ada di antara kita yang bermatlamat untuk :

  • menyambung pelajaran;
  • membeli sebuah rumah;
  • berkahwin;
  • berbulan madu;
  • perbelanjaan rumahtangga;
  • pendidikan anak-anak;
  • mengerjakan ibadah Haji;
  • perbelanjaan sewaktu persaraan;
  • dan banyak lagi!


Jelasnya di sini ialah kita telah nampak apakah matlamat kewangan kita. Apabila kita sudah nampak akan matlamat kewangan kita, sudah pasti aliran kewangan kita akan menjadi lebih teratur dan terancang. Seterusnya kita juga perlu tahu jangka masa untuk kita mencapai matlamat kita tadi. Sama ada matlamat tersebut akan dicapai dalam jangka masa yang pendek, sederhana atau pun panjang. Contohnya, merancang untuk mengerjakan ibadah haji untuk 3 tahun akan datang. Jadi pengguna harus terus melakukan simpanan yang lebih ke dalam akaun Tabung Haji demi untuk mencapai matlamat tersebut.



MENGAWASI TABIAT BERBELANJA



Jika kita merasakan sewaktu penghujung bulan kita gagal untuk menyimpan duit. Inilah masanya untuk kita memantau dan mengawasi perbelanjaan semasa kita. Yang penting di sini ialah kita perlu menyemak semula ke manakah ianya telah dihabiskan atau dibelanjakan. Adakah ianya cenderung ke arah keperluan atau kehendak semata-mata. Jika ianya berdasarkan kehendak semata-mata, dan seterusnya menyebabkan kita gagal untuk menyimpan. Tabiat tersebut haruslah segera diubah.

No comments:

Post a Comment

AKPK Buku CELIK WANG